Foreword & Intro
Hello & Assalamualaikum semua!
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada korang yang sudi singgah blog aku yang masih dalam fasa permulaan ni. Insya Allah in the future, aku akan post lagi banyak content dekat sini untuk bacaan korang semua. Sebelum tu, aku rasa ada baiknya kalau aku mulakan blog ni dengan perasmian, which is aku akan tulis sedikit sebanyak mengenai latar belakang aku).
Nama aku, Akmal. Tapi boleh panggil aku Maloi. Kenapa Maloi? Itu nickname aku masa sekolah menengah dulu. Aku berumur 20 tahun. Kini merupakan pelajar di Taylor's College, Subang Jaya, dan bekas pelajar A-Level. Aku asal Sarawak, tapi sekarang aku tinggal di Sungai Merab, Selangor dengan keluarga aku. Aku anak sulung dari 2 adik beradik. Hobi aku? Tengok YouTube, main gitar, ambil, edit & publish gambar / video, main drone, dan dengar lagu. Basic, kan? Tapi tulah, ini je atleast yang aku enjoy buat masa sekarang. Nanti tengok camne. Aku suka makan Nasi Kandar, Grilled Salmon & Mee Kolok.
Itu je kot buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa korang nak tahu, tanya je.
"So, kenapa kau buat blog ni? Apa backstory context dia?"
Baik, meh aku mulakan dulu dengan tahun 2012. Waktu ni, aku baru darjah 5. Aku suka melayari internet & tengok video kat YouTube, macam budak-budak lain sebaya aku. Nak dijadikan cerita, aku kagum dengan proses pembuatan website dekat internet. Tapi bukan coding tu, cuma web designing je. Kebetulan, aku waktu ni nak jual barang-barang aku. Tapi bukannya baju preloved ke apa. Aku belum cukup matang lagi waktu ni untuk jual baju terpakai. Hahahaha. Barang yang aku nak jual tu, pensel Aku pun ada terfikir jugak la nak buat website aku sendiri. So, dari situ aku mulakan kerjaya blogging aku. Aku buat blogspot ni (dulu nama lain), and lepas tu terus tak post apa apa sebab tak reti nak pakai blogspot HAHAHA.
Sebenarnya, aku memang dah lama ada minat tersembunyi untuk menulis panjang panjang macam ni. Dekat Facebook (ya, aku Gen Z & aku masih guna Facebook) , aku selalu came across posting yang panjang-panjang. Kebanyakkannya mengupas pasal isu semasa, sejarah & topik-topik profesional & berat (which it happens to be my interest as well). Daripada sini aku rasa minat aku untuk menulis panjang-panjang dipupuk. Aku mula menulis dekat application Notes dalam telefon aku. Macam-macam isu pernah aku 'kupas'. Contohnya, LGBT, Liberalisme, Pengalaman Jadi Pelajar Pertukaran ke Australia, dan sebagainya. Berat, kan?
Tapi ada masa aku let loose & aku jadikan Notes tu sebagai tempat aku luahkan perasaan aku. Sedih, marah, insecure, kena reject, aku pernah tulis dalam tu. Tapi sejak dah ada girlfriend (alhamdulillah I've made it!), aku dah jarang menulis. Kebiasaannya aku luahkan je kat girlfriend aku. Dia memang akan dengar & bagi pandangan dia kalau aku cerita pape je. Babe if you're seeing this, shout out to my one and only girlfwen! :D
Tapi, itu tak bermaksud aku takleh explore & kembangkan minat aku menulis panjang panjang macam ni, kan? So that is why aku decide untuk buka balik blog aku yang dah betul betul berhabuk & macam ghost town ni (dekat 9 tahun dah aku tinggalkan hahaha) dan buka lembaran baru untuk menulis. Aku dah lama juga sebenarnya nak buat camni, tapi baru sekarang ada semangat & kesempatan untuk buat semua ni. So yeah, tu je kot.
Jadi, itu je la sedikit sebanyak pasal aku & kenapa aku buat blog ni. Aku perlukan sokongan dan dorongan dari kalian semua untuk aku terus menulis dan post banyak lagi content kat sini :) Insya Allah, kalau ada masa aku akan try untuk menulis lagi banyak. Thank you guys!
Dengan ini, blog Maloi secara rasminya dibuka *bunga api*
Bismillahirrahmanirrahim, let's start the journey!
Comments
Post a Comment